Berkelip-kelip kunang mencari cahaya bulan yang sangat indah,
Tanpa berputus asa meneruskan usahanya,
Sehinggalah satu malam tiada cahaya bulan yang menyuluh,
Tetapi si kunang tetap kuat kan semangatnya.
Hari semakin larut malam kegelapan menyeliputi diri nya,
Hari semakin mendung dan merintik air hujan membasahi dirinya,
Tiada juga cahaya bulan yang menyuluh dirinya,
Si kunang sangat sedih mengenangkan nasib hidupnya.
Pada malam itu si kunang tidak mendapat cahaya,
Sangat lemah badan nya,
Sangat sedih hati nya,
Si kunang tetap tabah menghadapinya.
Tidak lah putus asa si kunang pada keesokan harinya mencari,
Sinaran bulan yang menguatkan diri,
Mendayu-dayu si kunang memanggil sinaran mentari,
Dengan hati yang nurani......
Selasa, 2 Ogos 2011
Si kunang yang tidak berputus asa
Kehadiran pihak ketiga
Seekor kumbang hanya untuk sekuntum bunga,
Hanya bunga sahaja yang mengeluarkan madu,
Sekuntum bunga hanya boleh beri kepada seekor kumbang merasainya,
Kumbang pula setia menanti kelaran madu yang baru.
Betapa sedih nya kalau kumbang itu mengetahui ada kumbang lain yang telah mengambil madunya,
Tapi apa kan daya si kumbang pergi dengan muka yang sedih terkenangkan nasibnya,
Betapa setia nya kumbang itu menanti tidak kira masa tidak kira bencana,
Tapi apa kan daya jikalau ada yang lebih memerlukan nya.
Tiap perkara yang terjadi pasti ad hikmah nya,
Si kumbang tidak putus asa,
Menunggu saban hari peluang untuk untuk mendekati nya,
menunggu dan terus menunggu peluang mendekati kekasih hati nya yaitu sekuntum bunga.
Isnin, 1 Ogos 2011
Kekuatan semangat keredaan
Kalau satu hari nanti kamu menangis , beritahu ku , ku tak janji nak buat kamu tersenyum , tapi ku boleh menangis bersama kamu :')
Kalau satu hari nanti kamu ada masalah , kamu beritahu ku , ku tak janji nak bagi penyelesaianya , tapi kamu boleh kongsi dengan ku :')
Kalau satu hari kamu nak pergi berjalan , beritahu ku , ku tak janji nak halang kamu tapi ku boleh temani kamu :')
Kalau satu hari nanti kamu perlukan seseorang untuk mendengar cerita kamu , ku janji ku akan ada untuk kamu :')
Tapi kalau satu hari nanti kamu perlukan ku , dan ku tiada , mungkin kerana Tuhan lebih memerlukan ku :') Dan masa itu, kamu terimalah dengan hati yang redha :')
^^^KERELAAN HATI^^^
Kisah kita bagaikan memori Romeo dan Juliet,
Yang kini bahagia mengundang seri abadi,
Sepeti mu aku juga mengerti,
Terlalu awal untuk menafsir mimpi sepi.
Wajah mu mengundang rasa rindu,
Mata mu menguntum mimpi baru,
Hadir mu memikat hati seseorang yang pemalu,
Siapa agaknya bertuah memiliki hatimu?
Aku senang berteman dengan mu,
Muncul mu menceriakan hidup ku,
Aku senang bersama mu,
Ingin rasanya untuk bertemu.
Semoga percintaan ini muncul keikhlasan dan ketulusan.
Isnin, 16 Mei 2011
***Cinta Tak Kesampaian***
Ku akan pergi,
Tanpa diusir,
Akan ku kebumikan cinta di dasar laut,
Agar indahnya tidak pernah luntur,
Yang akan menjadi buih-buih di permukaan lautan,
Dan menjadi ombak yang menghempas diri di tebing lautan,
Yang akan menjadi angin yang menghembus pepohon,
Inilah lambang cinta yang suci,
Yang telah ku bina,
Dan akan bersatu dengan alam dan langit,
Dan cinta itu tidak kesampaian.......
Isnin, 9 Mei 2011
****Muhasabah****
Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah,
Maka jangan lahbertengkar dan berbalah dengan nya,
Jangan lah menanyakan sesiapa tentang nya,
Kerana orang yang di tanya itu mugkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan,
Perkara yang boleh menghalang hubungan anda dengan orang itu.
^-^laskar cinta^-^
Keherningan malam yang dingin,
Kelunakan angin yang mendayu-dayu,
Suasana yang sepi di temani bunyian kersik-kersik sentuhan dedaun,
Berkicauan serangga yang mendayu-dayu,
Kesunyian,
Keherningan yang ditemani orang yang tersayang,
Menyentuh hati,
Berkilauan bintang yang ditemani bulan,
Sudah tertulis di laskar cinta,
Sepasang kekasih lelaki dan perempuan,
Bersama-sama menghadap ke langit,
Membayangkan liku-liku kehidupan di temani alam persekitaran,
Oh,,,,
Indahnye hari demi hari ditemani kekasih hati.
Jumaat, 22 April 2011
****Konsep Percintaan****
Berkapel dan bercinta memiliki konsep yang berbeza,
Berkapel : Ia melebihkan ke arah hiburan,
Menunjuk-nunjuk,
Hanya untuk suka-suka,
Tidak mementingkan ketulusan.
Bercinta : Membawa seribu pengertian,
Saling mencintai antara satu sama lain,
lebih bermakna.
Itulah perbezaan antara berkapel dan bercinta...
^-^Kehadapan Cinta Sejati^-^
Tidak ku sedari dari mana hadir nya cinta ini,
Rasa yang tercoret di hati,
Sambut lah cinta ini,
Andai diri mu bisa menjaganya,
Cinta ku pada mu takkan bisa jari menghitungnya,
Takkan bisa kalkulator mengiranya,
Kerana cinta ku,
Tiada pengakhirnya............
Akan ku cuba,
Dalam mempertaruhkan jiwa dan raga ku,
Demi sebuah cinta,
Yang tidak ku tahu kesudahan nya,
Aku meredhai secebis cinta yang berbunga dihati,
Agar ia indah bak impian sejati,
Salam kasih penuh mesra....
~~~ Si Percinta ~~~
Wahai si percinta,
Aku datang untuk mengebumikan hati ku,
Bukan di sisi jasad mu,
Tetapi,,,,,,,,,,,,,,,,
Di dalam hati mu,
Menjaga hati ku adalah suatu permintaan ku,
Ku tidak punya jasad mu,
Tetapi,,,,,,,,,,,,,,,,
Ku punya hati mu,
Aku akan tetap datang,
Dalam hati mu,
Kerana kau yang mencuri hati ku...
♥•♥•♥ Cinta Penuh Shahdu ♥•♥•♥
Saat ku sendiri,
Puisi-puisi cinta bernyanyi merdu difikiran ku,
Membuat ku seakan-akan terbang bersama sayap-sayap cinta yang menyelimuti ku,
Dan terlena di permukaan awan yang gebu,
Awan yang melari-lari di langit,
Yang memberi ketenangan dalam hati ku,
Saat itu,
Ku terbayang dirimu,
Yang sering menyapa hati ku,
Membawa ke sebuah cinta penuh shahdu......
Aku Punya Cinta Yang Misteri
Metarinya cinta,
Hanya disaksikan langit,
Dan juga awan,
Juga sang mentari,
Teriknya mentari,
Isnin, 18 April 2011
keindahan cinta
Cinta itu seamatnye indah, dalam percintaan boleh membutakan hati seorang insan, bina la cinta pada Tuhan, pada agama, pada kehidupan dan yaini sesama insan. Dunia remaja zaman sekarang amat menitik beratkan tentang cinta sesama insan diantara lelaki dan perempuan. Carilah cinta sejati yang boleh membahagiakan dan jangan lah ambil mudah. Jika saya batu, antara hujan dan lumut, pilih lah untuk menjadi lumut. hujan itu akan menitik batu sekali sekala, manakala lumut yang terhasil pada permukaan pada batu itu akan sentiasa melekat pada batu. Jika saya gunungjadilah tanah yang menanggung beban gunung... kerana cinta itu pengorbanan. Jika saya pohon, antara pohon dan burung, plih lah untuk menjadi burung, daun akan gugur bila-bila masa sahaja lau terpisah dari pohon jatuh ke tanah, manakala burung akan mengutik ranting-ranting pohon untuk menjadikan sarang, dan tetap setia singgah di pohon.






